MALAYSIA
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa terima suapan RM11,500
Sahzul Hisam Samsuri, 51, didakwa menerima wang tunai RM3,000 daripada seorang lelaki dan RM8,500 daripada seorang wanita serta sebuah syarikat. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Penolong Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima suapan RM11,500 untuk tidak meneruskan siasatan kes membawa minyak masak terpakai tanpa lesen sah pada September 2022.
Ringkasan AI
Sahzul Hisam Samsuri, 51, didakwa menerima wang tunai RM3,000 daripada seorang lelaki dan RM8,500 daripada seorang wanita serta sebuah syarikat sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan dalam kes itu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan parkir berhampiran sebuah restoran di Taman Ramal Indah, Kajang dan satu cawangan bank di Sabak Bernam pada 7, 12 dan 13 Sept 2022 mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Jika sabit kesalahan, Shahzul Hisam berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muaz Ahmad Khairuddin manakala tertuduh diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.
Pada prosiding hari ini, Muaz Ahmad menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 untuk ketiga-tiga pertuduhan beserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport dan melaporkan diri ke Pejabat SPRM Selangor setiap bulan.
Amir Khusyairi pula memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap kerana digantung kerja sejak disiasat tahun lepas dan mempunyai enam tanggungan.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin yang beralamat di Kuala Lumpur atau Selangor.
"Untuk syarat tambahan, tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah selain melaporkan diri sebulan sekali di Pejabat SPRM Selangor serta tidak berhubung dan mengganggu saksi pendakwaan," katanya.
Mahkmah menetapkan 18 Ogos depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang Penolong Pegawai Penguat Kuasa KPDN Selangor mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM11,500 bagi tidak meneruskan siasatan kes minyak masak terpakai tanpa lesen sah.
- Mahkamah menetapkan jaminan RM9,000 dengan syarat tambahan termasuk penyerahan pasport, laporan bulanan ke SPRM Selangor, dan larangan mengganggu saksi pendakwaan.
- Kes akan disebut semula pada 18 Ogos, manakala tertuduh diwakili peguam yang memohon pengurangan jaminan atas alasan digantung kerja dan mempunyai enam tanggungan.