awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penoreh getah mengaku tetak anak saudara dengan parang

Sinar Harian
Sinar Harian
04/11/2025
07:00 MYT
Penoreh getah mengaku tetak anak saudara dengan parang
Noradin (dua, kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.
KOTA BHARU: Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tuduhan menetak anak saudara angkatnya menggunakan parang minggu lalu.

Ringkasan AI
  • Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan menetak anak saudara angkatnya menggunakan parang minggu lalu.
  • Tertuduh didakwa menyebabkan cedera parah terhadap mangsa menggunakan parang di Kampung Kulim pada 28 Oktober.
  • Kesalahan itu boleh mendatangkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, dengan fakta dan hukuman akan diputuskan pada 3 Disember.

Tertuduh, Noradin Ibrahim, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, Noradin didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Ahmad Firhan Hadi Hamzah, 44, menggunakan sebilah parang di sebuah rumah di Kampung Kulim pada jam 6 petang 28 Oktober lalu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nursyafiqah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 3 Disember depan untuk fakta dan hukuman serta tertuduh tidak dibenarkan jamin.
Sebelum ini dalam kejadian itu, mangsa cedera parah di tangan dan kepala akibat ditetak.
Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham yang sudah lama berlaku.
Suspek merupakan adik angkat ibu mangsa dan tinggal berhampiran dengan rumah mangsa. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes tetak
#tetak guna parang
#Kelantan
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan