awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensijilan piawaian durian Musang King dijangka dilaksana tahun ini

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
18/06/2022
07:59 MYT
Pensijilan piawaian durian Musang King dijangka dilaksana tahun ini
Dengan adanya pensijilan, ia akan melonjakkan lagi eksport durian di samping boleh mengurangkan birokrasi dalam proses mengeksport raja buah itu. - Gambar hiasan/Bernama
IPOH: Piawaian durian Musang King dijangka diperkenalkan tahun ini bagi melonjakkan lagi eksport raja buah itu.
Buat masa ini, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Berhad sedang membangunkan standard itu yang dijangka siap dalam masa terdekat.
Pengarah SIRIM Berhad Perak, Mohd Adzhar Ahmad berkata, ia akan membantu pekebun durian untuk meningkatkan lagi nilai raja buah itu.
“Standard Ini maknanya, terdapat keperluan yang perlu ada pada buah itu dari ladang, sampailah ke pemprosesan, maknanya (mengambil kira) downstream dan upstream untuk memastikan produk durian itu boleh dipersijilkan,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Pekebun Durian Perak di sini, hari ini.
Menurutnya, setelah siap, standard itu akan digazetkan bagi membolehkan ia digunakan untuk pensijilan.
“Pada akhirnya nanti, SIRIM akan membuat pemeriksaan terhadap durian yang ada, sama ada daripada kebun sampailah kepada produk akhir dia,” ujarnya.
Beliau memberitahu, terdapat empat jenis produk akhir durian iaitu durian segar, isi segar, durian/isi sejuk beku dan pes sejuk beku.
“Kita akan persijilkan iaitu kita akan beri ‘marking’ kepada produk tersebut seperti yang kita dah buat dengan (mangga) Harumanis,” jelasnya.
Beliau yakin, dengan adanya pensijilan, ia akan melonjakkan lagi eksport durian di samping boleh mengurangkan birokrasi dalam proses mengeksport raja buah itu.
“Setiap negara mempunyai keperluan dan syarat untuk mengeksport durian seperti China yang memerlukan persijilan tertentu.
"Jika ada pensijilan SIRIM, tak perlu banyak dokumentasi untuk pasarkan buah durian untuk eksport ke luar negara. Jadi boleh kurangkan kerenah birokrasi negara-negara berkenaan," tambahnya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pekebun Durian Perak, Nor Hisham Nayan berkata, pihaknya sedang merancang beberapa inisiatif untuk membantu pekebun durian meningkatkan kualiti tanaman mereka.
Menurutnya, beberapa kursus akan dianjurkan untuk ahli dengan kerjasama pelbagai agensi seperti kursus lanjutan, biodiversiti di samping kursus kepada pekebun baharu.
Topic Berkaitan
#Musang King
#durian
#piawaian
#pensijilan standard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan