awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penstrukturan Goodyear jejas operasi pelbagai negara, bukan sahaja Malaysia

Bernama
Bernama
07/03/2024
23:15 MYT
Penstrukturan Goodyear jejas operasi pelbagai negara, bukan sahaja Malaysia
Amirudin berbahas pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, 7 Mac 2024. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Penutupan kilang syarikat pengeluar tayar global, Goodyear berikutan penstrukturan syarikat memberi kesan kepada 1,200 pekerja di Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia, kata Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Amirudin Shari.
Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata Goodyear telah menutup kilangnya di Akron, Ohio pada Januari 2023.
"Ini dilakukan kerana Goodyear telah menstrukturkan semula perniagaan mereka kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat seperti Michelin, Continental dan Bridgestone," katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.
Beliau berkata laporan Goodyear di peringkat tahunan menunjukkan syarikat menghadapi tekanan kos yang tinggi dan memilih untuk mencari tempat yang mempunyai kos lebih rendah.
Goodyear dilaporkan akan menutup kilangnya di Shah Alam, Selangor setelah beroperasi lebih lima dekad yang dijangka menjejaskan kira-kira 550 kakitangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#Dewan Rakyat
#Goodyear
#tekanan kos yang tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan