awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensyarah IPT 'separuh abad' didakwa tawar perkhidmatan 'Sugar Daddy'

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
09/07/2019
01:06 MYT
Pensyarah IPT 'separuh abad' didakwa tawar perkhidmatan 'Sugar Daddy'
Mangsa mendakwa telah menolak tawaran itu dan segera keluar dari biliknya sebelum suspek tiba-tiba bertindak memegang bahu dan cuba mencium mangsa. - Gambar hiasan
Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Dungun, Terengganu mendakwa digoda secara seksual di tangan seorang pensyarah.
Pendidik yang berusia 50-an itu turut didakwa menawarkan perkhidmatan 'Sugar Daddy' (lelaki kaya menyara wanita) kepada gadis tersebut.
Suspek dikatakan mengajak mangsa berusia 19 tahun ke biliknya sebelum bercerita tentang perkhidmatan 'Sugar Daddy' yang ditawarkan pada 23 Jun lalu.
Suspek turut memaklumkan akan membayar RM500 setiap bulan sebagai bayaran sekiranya bersetuju dengan tawarannya.
Enggan pasrah dengan nafsu lelaki setengah abad itu, mangsa mendakwa telah menolak tawaran itu dan segera keluar dari biliknya sebelum suspek tiba-tiba bertindak memegang bahu dan cuba mencium mangsa.
Gadis itu bagaimanapun berjaya mengelak sebelum segera keluar dari bilik berkenaan dan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun pada 24 Jun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi Astro AWANI, mengesahkan laporan tersebut.
Topic Berkaitan
#Dungun
#jenayah
#Kuala Terengganu
#lelaki
#mangsa
#rogol
#siasatan
#Sugar Daddy
#suspek
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan