awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensyarah rugi hampir RM200,000 diperdaya skim pelaburan mata wang kripto dan love scam

Bernama
Bernama
03/08/2025
04:10 MYT
Pensyarah rugi hampir RM200,000 diperdaya skim pelaburan mata wang kripto dan love scam
Seorang pensyarah lelaki kerugian sebanyak RM172,170 selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang kripto dan love scam. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang pensyarah lelaki kerugian sebanyak RM172,170 selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang kripto dan love scam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, pada 19 Julai lepas pensyarah yang berusia 54 tahun telah menyertai skim pelaburan berkenaan selepas dipujuk oleh kenalan wanita yang baru dikenalinya di aplikasi TilMatch.
Beliau berkata, mangsa yang terperdaya telah membuat lima kali pindahan wang berjumlah RM162,170 untuk pelaburan berkenaan, namun, tidak mendapat keuntungan yang dijanjikan.
"Mangsa menyedari ditipu setelah diminta menambah modal pelaburan sedangkan keuntungan daripada pelaburan terdahulu belum diperoleh.
"Sumber kewangan mangsa itu daripada wang simpanannya. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata, pada 27 Julai pula, mangsa telah berkenalan dan menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita yang juga suspek di aplikasi yang sama.
Beliau berkata, mangsa telah memberikan alamat untuk memudahkan suspek membuat penghantaran barang ke alamatnya.
"Mangsa dihubungi oleh suspek lain yang menyamar sebagai wakil syarikat kurier. Suspek mendakwa kiriman barangan dan wang yang dihantar kepada mangsa mempunyai masalah dengan pihak kastam dan perlu membayar sebanyak RM12,500 untuk pelepasan barang dan penyelesaian kes.
"Bagaimanapun, mangsa yang sudah kehabisan wang simpanan hanya mampu membayar RM10,000. Ketika mangsa ingin membuat pembayaran baki sebanyak RM2,500 ke akaun diberikan suspek, beliau mendapati transaksi disekat," katanya.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati akaun berkenaan terlibat dengan aktiviti penipuan.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#love scam
#mata wang kripto
#pensyarah rugi
#skim pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan