[LAPOR LANGSUNG] 9 Aktivis Malaysia Pulang dari Misi Gaza – Ikuti Ketibaan Mereka di KLIA Sekarang!
MALAYSIA

Pensyarah UiTM anak bekas ADUN ditemui lemas

Bernama 12/10/2025 | 05:34 MYT
Nur Hazwani Abd Halim, 33, yang bertugas di Akademi Pengajian Bahasa mendaftar masuk hotel itu pada 4 petang hari sama. - Gambar/ UiTM Cawangan Pahang
CHUKAI: Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang ditemukan lemas di kolam renang sebuah hotel, di sini semalam.


Ringkasan AI
  • Seorang pensyarah UiTM Pahang, Nur Hazwani Abd Halim, 33, ditemukan lemas di kolam renang sebuah hotel di Kemaman selepas mandi bersama suami sekitar jam 4.30 petang.
  • Polis menerima makluman kejadian daripada orang awam pada jam 7.10 malam, dan mangsa telah mendaftar masuk ke hotel tersebut pada hari sama jam 4 petang.
  • Mayat mangsa yang juga anak kepada bekas ADUN Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh, dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja'afar berkata pihaknya dimaklumkan kejadian oleh orang awam pada 7.10 malam.

Beliau berkata mangsa Nur Hazwani Abd Halim, 33, yang bertugas di Akademi Pengajian Bahasa mendaftar masuk hotel itu pada 4 petang hari sama.

"Mangsa dikatakan mandi bersama-sama suami pada 4.30 petang dan disedari lemas sejam selepas itu," katanya.

Beliau menambah mayat mangsa yang juga anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri Datuk Abd Halim Jusoh dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

-- BERNAMA



#kes lemas #pensyarah UiTM #anak bekas ADUN #Pahang