awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya

Bernama
Bernama
11/03/2025
14:39 MYT
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Ketua Polis Daerah Jasin Superintenden Mohamad Rusli Mat berkata dalam insiden pada kira-kira 12.30 tengah hari itu, Hamdan Sulaiman (foto kecil), maut di tempat kejadian selepas parah di kepala. - Foto Sinar Harian
JASIN: Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Jasin Superintenden Mohamad Rusli Mat berkata dalam insiden pada kira-kira 12.30 tengah hari itu, Hamdan Sulaiman, 34, yang beralamat di Klebang Kecil, maut di tempat kejadian selepas parah di kepala.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dari arah Bulatan Scientex Serkam menghala ke Bukit Kepok merempuh belakang sebuah lori yang secara tiba-tiba membuat pusingan U ketika tiba di tempat kejadian.
"Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke atas jalan raya manakala pemandu lori yang merupakan seorang lelaki berusia 62 tahun pula sakit dada," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang melihat atau mempunyai apa-apa maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan atau hubungi pegawai penyiasat Inspektor Marwan Shafiq Mohd Latfi di talian 011-1112 7533 atau Kaunter Aduan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin di talian 06-529 2222 (sambungan 260).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas jalan raya
#pensyarah UiTM Jasin
#Hamdan Sulaiman
#Jalan Dato Mulia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan