GEORGE TOWN: Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia (USM) Norilmi Amilia Ismail, 41, dipilih sebagai satu-satunya mentor dari Malaysia dalam program Space4Women.
USM dalam kenyataan hari ini memaklumkan program itu merupakan projek Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Hal Ehwal Angkasa (UNOOSA) yang ditubuhkan bagi memberi peluang pendidikan dan kerjaya angkasa serta STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dalam kalangan wanita seluruh dunia.
Menurut kenyataan itu, projek berkenaan berusaha memastikan penglibatan dan penyertaan yang saksama dalam bidang penerokaan angkasa, sains dan teknologi dalam menjayakan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Keempat - Pendidikan Berkualiti dan SDG Kelima - Kesaksamaan Gender.
Norilmi Amilia dalam kenyataan sama berkata beliau yang terpilih bersama kira-kira 100 peserta seluruh dunia akan berkongsi pengalaman dan membimbing wanita muda atau menti yang berminat dalam STEM untuk terus maju dalam bidang angkasa.
Katanya menti-menti akan dipilih oleh sekretariat UNOOSA.
Norilmi Amilia yang berkhidmat di USM sejak 2012 berkata menjadi mentor adalah satu pengiktirafan kepadanya kerana untuk menjadi mentor memerlukan pengalaman dan pengetahuan mendalam dalam bidang tersebut sekali gus membuktikan usahanya berhasil.
"Alhamdulillah, saya teruja untuk meluaskan jaringan dalam bidang angkasa setelah berusaha untuk meletakkan Malaysia di peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun ini," katanya yang berasal dari Kuala Selangor, Selangor.
Pemilihan dibuat oleh UNOOSA berdasarkan permohonan yang dibuka kepada semua yang terlibat dalam bidang angkasa.
Norilmi Amilia baru-baru ini terlibat membimbing 11 pelajar Kejuruteraan USM yang mencipta sejarah sebagai pasukan pertama Malaysia dipilih untuk melancarkan roket dalam pertandingan Spaceport America Cup 2022 pada 21-25 Jun lepas, yang merupakan persidangan dan pertandingan pelancaran roket berkuasa tinggi antara universiti yang terbesar di dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022
Norilmi Amilia berkata beliau yang terpilih bersama kira-kira 100 peserta seluruh dunia akan berkongsi pengalaman dan membimbing wanita muda yang berminat dalam STEM.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.
Tarik minat golongan muda sertai STEM perlu kerjasama semua pihak - Zambry
Zambry berkata semua pihak perlu ambil tanggungjawab untuk mewujudkan minat dalam bidang STEM bermula di peringkat sekolah.
Musa letak asas kukuh pengajian sains perubatan, kejuruteraan - USM
Jasa dan sumbangan bekas Naib Canselor USM itu dalam bidang pendidikan amat besar terutama kepada universiti berkenaan.
Bekas Menteri Pendidikan, Musa Mohamad, meninggal dunia
Allahyarham juga merupakan Naib Canselor USM ketiga dari tahun 1982 hingga 1995.
USM berjaya kekalkan status swaakreditasi
Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengekalkan pengiktirafan sebagai sebuah universiti berstatus swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia.
USM bantu perkasa sosioekonomi masyarakat menerusi tanaman Cendawan Volvariella
Cendawan Volvariella dipilih kerana ia bukan saja mudah, murah dan senang untuk diusahakan, tetapi juga mampu menjana hasil lumayan.
USM tawar program akademik berimpak tinggi di Kuala Lumpur
Terletak di tengah bandar raya, USM@KL menawarkan program ijazah tinggi yang kompetitif dan bernilai tinggi.
SPICES USM tempatkan lebih 200 spesimen organ manusia
Universiti Sains Malaysia (USM) membangunkan Galeri Interaktif Sains Perubatan (SPICES) bernilai RM2.4 juta yang menempatkan lebih 200 spesimen manusia, dikatakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.
PM ucap tahniah kepada Sivamurugan atas syarahan sempena pelantikan Profesor USM
Semoga saudara dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang serta menyumbang idea dan kepakaran kepada negara, kata Anwar di Twitter.
USM kekal kedudukan keempat terbaik dunia THE Impact Rankings 2023
USM juga unggul di kedudukan pertama dalam Sustainable Development Goals (SDG) SDG16 iaitu Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh.