MIRI: Asas ekonomi Sarawak yang kukuh diwarisi daripada era pentadbiran Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud beri keupayaan kepada negeri ini mengimbangi keadaan semasa ekonomi dunia.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata visi Tun Abdul Taib melalui program pembangunan perindustrian di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) berjaya membawa Sarawak ke era yang moden.
“Ia telah membuka ruang dan laluan untuk Sarawak membangun dan mewujudkan nilai tambah kepada sumber airnya yang begitu banyak untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh industri.
“Melalui pembinaan empangan hidro terutamanya Bakun, Sarawak berupaya menyediakan banyak tenaga dengan tarif elektrik yang kompetitif sebagai tarikan kepada para pelabur," katanya.
Beliau berucap semasa Majlis Sambutan Perayaan Hari Jadi ke-86 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Stadium Miri di sini pada Sabtu.
Sambutan tersebut dimulakan dengan Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa disertai seramai lebih 3,400 peserta daripada 86 kontijen melibatkan pelbagai kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun, persatuan, pertubuhan, swasta, institusi pengajian tinggi dan sekolah.
Selain itu, Abang Johari berkata kejayaan Sarawak di bawah kepimpinan Tun Abdul Taib boleh dilihat dari sudut kejayaan beliau membangunkan zon-zon perindustrian dan menyediakan peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat negeri itu, khususnya golongan belia.
Jelasnya, ekonomi Sarawak yang berkembang perlahan ketika pandemik COVID-19 dua tahun lalu sudah menampakkan sedikit peningkatan.
“Kola yakin keadaan ini akan terus diperbaiki dengan pembukaan sempadan antarabangsa dan domestik, pelaksanaan pelbagai projek pembangunan, inisiatif-inisiatif baharu dan ekosistem yang kondusif untuk pelaburan,” ujarnya.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sat Oct 08 2022
Jelasnya, ekonomi Sarawak yang berkembang perlahan ketika pandemik COVID-19 dua tahun lalu sudah menampakkan sedikit peningkatan.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Pentadbiran Tun Taib Mahmud beri keupayaan Sarawak tangani ekonomi dunia - Abang Jo
Asas ekonomi Sarawak yang kukuh diwarisi daripada era pentadbiran Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud beri keupayaan kepada negeri ini mengimbangi keadaan ekonomi dunia