MALAYSIA
Pentarama Merdeka@HOHO anjuran JAPEN kembali dengan nafas baharu
Sebagai pembaharuan utama, Program Pentarama Merdeka@HOHO yang sebelum ini dianjurkan hanya sehari, kini akan berlangsung setiap Sabtu sepanjang Ogos. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Program Pentarama Merdeka@HOHO anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) kembali dengan pengisian lebih segar serta penambahbaikan menyeluruh bagi membangkitkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.
Bukan sekadar hiburan, program kali ini turut diselitkan dengan elemen pendidikan dan semangat cintakan tanah air menerusi kuiz berkenaan Malaysia serta sesi penerangan berkaitan publisiti Hari Kebangsaan.
Ini bagi melengkapi persembahan nyanyian dan tarian oleh artis-artis Pentarama JAPEN yang sinonim dengan pengisian bertemakan kenegaraan dan pengedaran Jalur Gemilang.
Pengarah Kanan (Pengurusan) JAPEN Naim Fahmi Ahmad Tajuddin berkata sebagai pembaharuan utama, program sebelum ini yang dianjurkan hanya sehari kini akan berlangsung setiap Sabtu sepanjang Ogos.
Ia turut melibatkan sekurang-kurangnya tiga hentian di laluan berbeza sekali gus menjadikan pendekatannya lebih dekat dan inklusif kepada pelbagai lapisan masyarakat.
"Usaha ini adalah sebahagian daripada pelan publisiti yang diselaras JAPEN selaku Pengerusi Jawatankuasa Media dan Publisiti Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 di bawah Kementerian Komunikasi.
"Bila kita diberi tanggungjawab sebagai pengerusi jawatankuasa, pihak JAPEN bertanggungjawab untuk menyelaras keseluruhan aktiviti promosi dan publisiti," katanya kepada Bernama pada program berkenaan di sini malam tadi.
Program semalam menelusuri Menara Kuala Lumpur, Sungei Wang Plaza dan kawasan pusat beli-belah Pavillion.
Beliau berkata program itu kerjasama strategik JAPEN bersama Elang Wah Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan pelancongan ikonik KL Hop-On Hop-Off (KL HOHO), yang menggunakan bas berbumbung terbuka dan dikenali dalam kalangan pelancong tempatan serta antarabangsa.
"Pelaksanaan program ini membolehkan JAPEN lebih dekat dengan orang ramai dalam menyampaikan mesej kenegaraan dan mempromosikan acara utama seperti perbarisan serta perarakan Hari Kebangsaan yang akan berlangsung pada 31 Ogos ini di Dataran Putrajaya," katanya.
Beliau berkata sebagai simbolik kepada sambutan itu, Pentarama Merdeka@HOHO juga akan dibawa ke Putrajaya pada malam 30 Ogos.
-- BERNAMA