MALAYSIA
Pentas digital aset penting perkasa bahasa dan seni - Gobind
Gobind berucap dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Teater Bahasa Melayu Sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan 2025, di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Seni dan digital tidak boleh dipisahkan, sebaliknya perlu digabungkan dan dikembangkan secara bersama, sebagai pemangkin penting yang memacu setiap aspek kehidupan, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Beliau berkata peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan negara dan seni teater sebagai antara medium kreatif, mampu menonjolkan nilai murni, pemikiran kritis serta kreativiti khususnya dalam kalangan generasi muda.
"Jadi ini satu kekuatan, kerana kalau kita lihat kepada cara kita bertindak dahulu, acara hanya diadakan di dewan. Namun jika kita menggunakan dan memperkasakan pentas digital untuk acara ini, saya rasa ia akan memberi banyak dukungan yang diperlukan untuk membawanya ke hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Teater Bahasa Melayu Sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan 2025, di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Mohd Amran Mohd Haris.
Pada pertandingan itu, 80 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dari seluruh negara mengambil bahagian, dengan penyertaan 800 pelajar dan 47 sekolah berjaya ke peringkat saringan, manakala hanya 10 sekolah terbaik telah melangkah ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara kebangsaan.
Sekolah SJKT Batu Anam, Johor, muncul juara menerusi persembahan teater bertajuk "Suara Dari Hati", membawa pulang piala pusingan, trofi serta wang tunai RM5,000 manakala naib johan dirangkul SJKT Slim River, Perak dan tempat ketiga dimenangi SJKT Jalan Lobak, Negeri Sembilan.
Sementara itu, guru Bahasa Tamil SJKT Batu Anam Karthik Selva Kumaran berkata beliau dan guru-guru mengambil masa tiga bulan untuk melatih pelajar mereka, termasuk proses penulisan skrip serta menghafal.
"Dari segi pemilihan tajuk, memang kita lebih fokus kepada isu semasa dan kini kita memang dah tahu yang AI (kecerdasan buatan) sedang membangun di negara kita dan di seluruh dunia.
"Sebab itu kita mempersembahkan topik AI tersebut dalam drama kita," katanya.
-- BERNAMA