KUALA LUMPUR: Menghidupkan semula seni, budaya di ruangan awam sekitar Kuala Lumpur, itu keunikan Program Pentas Seni Merdeka di Dataran Merdeka yang berlangsung pada Sabtu.
Program anjuran bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Think City itu dijangka menarik lebih ramai warga kota untuk bersantai di sekitar ruangan awam di bandar berkenaan.
Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, pendekatan baharu itu bukan hanya dapat memberi pendedahan mengenai seni dan budaya lama, malah perpaduan kaum juga dapat diterapkan.
"Tujuannya meningkatkan ekuiti sosial yang berkaitan dengan pentas, seni dan budaya. Tujuan kita juga mengaktifkan ruang awam dan meletakkan Downtown Kuala Lumpur itu sebagai perkara berkaitan budaya, kreatif yang dijalankan secara percuma pada setiap bulan.
"Ini merupakan program pertama dianjurkan antara DBKL dan Think City, dan program seterusnya akan dijalankan dari masa ke semasa iaitu pada bulan Ogos, September dan seterusnya untuk menarik minat golongan dan warga KL supaya dapat membawa keluarga dan melihat pertunjukkan dan persembahan yang dijalankan," jelasnya.
Berlatarbelakangkan bangunan ikonik Sultan Abdul Samad, Panggung Bandaraya dan Bangunan Mahkamah Tinggi di Jalan Raya, program terbabit turut menampilkan persembahan kebudayaan Ronggeng Melayu.
"Saya berpandangan ini satu lagi pendekatan baharu antara DBKL dan Think City untuk memastikan ruang awam digunakan sepenuhnya ketika hujung bulan dan minggu.
"Yang penting pelbagai kaum masyarakat dapat berhimpun bersama sama dengan keluagra mereka untuk mengisi masa lapang mereka," katanya lagi.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Think City, Hamdan Abdul Majeed berkata, lebih banyak program akan dijalankan di sekitar bangunan ikonik di ibu kota dalam menarik lebih ramai warga kota menggunakan ruangan awam.
"Think City akan melanjutkan geran sejak 2021 untuk membaik pulih bangunan bersejarah di Kuala Lumpur dan geran mengadakan aktiviti dan mengisikan bangunan bangunan selain daripada membaik pulih ruang awam.
"Program ini kita akan mulakan minggu depan, kita minta sokongan rakyat dan peniaga setempat untuk mengambil kesempatan ini untuk mendapat balik geran program Think City yang akan dijalankan dalam masa terdekat," jelasnya.
Hadir sama dalam majlis itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.
Fareez Azman
Sun Jul 17 2022
Datuk Seri Jalaluddin Alias (tengah) ketika melancarkan Program Pentas Seni Merdeka di Dataran Merdeka. - Foto Facebook/Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
10 Berita Pilihan - (8 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Pensyarah dari syurga' terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
Tanpa mengenal bangsa dan agama, kita sama-sama membantu menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni untuk semua.
AWANI Ringkas: Kebersihan kantin MRSM Taiping | Isu pensijilan halal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [8/9/2024] - Terlalu banyak bayaran kelulusan | Bukan pendirian Pakatan Harapan | Teresa Kok sentuh sensitiviti umat Islam
Kadar tol mungkin boleh diturunkan, jika tiada rasuah dan ketirisan.
Kenyataan Teresa Kok hanya keruhkan keadaan, kata PM.
Polis buka kertas siasatan, ikut SOP 3R terhadap Teresa Kok.
Teknologi AI boleh jana RM625 bilion menjelang tahun 2030.
Kenyataan Teresa Kok hanya keruhkan keadaan, kata PM.
Polis buka kertas siasatan, ikut SOP 3R terhadap Teresa Kok.
Teknologi AI boleh jana RM625 bilion menjelang tahun 2030.
Isu rakyat Palestin dijangka jadi inti pati utama Muktamar Pas ke-70
Nasib umat Islam di Palestin antara isu utama yang dijangka dibawa dalam Muktamar Pas ke-70 yang akan berlangsung di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh pada 11 hingga 15 Sept ini.
#AWANIRingkas 8 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 September 2024
1️⃣ KKM aktifkan siasatan, sedia langkah lanjutan
2️⃣ Polis buka kertas siasatan ke atas Teresa Kok
3️⃣ PN tangguh pengumuman calon
#awaniringkas
1️⃣ KKM aktifkan siasatan, sedia langkah lanjutan
2️⃣ Polis buka kertas siasatan ke atas Teresa Kok
3️⃣ PN tangguh pengumuman calon
#awaniringkas
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan enam warga China
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan enam warga China dalam Op Serkap di Johor Bahru, Khamis lepas.
69 peratus kanak-kanak di Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Pencapaian ini dicapai dalam tempoh tujuh hari selepas melancarkan fasa pertama kempen pemvaksinan polio.
Noor Ainaa tamatkan kemarau 17 bulan tanpa gelaran
Pemain berusia 22 tahun itu meraih gelaran ketiga dalam kariernya dengan menewaskan Hana Ismail dari Mesir 11-9, 11-4, 11-7.
Pastikan anak-anak dihantar ke taska berdaftar di bawah JKM - KPWKM
Orang ramai boleh memperoleh senarai taska berdaftar melalui semakan di laman sesawang JKM di www.jkm.gov.my.
Pentas Seni Merdeka: Hidupkan semula seni dan budaya di ruangan awam
Program terbabit turut menampilkan persembahan kebudayaan Ronggeng Melayu.