MALAYSIA
Penternak dakwa lembu mati dipercayai termakan bahan kimia
Lembu milik penternak R. Nithiananthan mati di lokasi bahan kimia dibuang di Taman Tronoh Baru hari ini. - Gambar Bernama
BATU GAJAH: Seorang penternak di Taman Tronoh Baru, di sini kerugian kira-kira RM50,000 apabila 17 ekor lembu ternakannya mati dipercayai akibat termakan rumput yang telah tercemar dengan bahan kimia berbahaya.
Ringkasan AI
R. Nithiananthan, 38, berkata insiden itu disedarinya pada 5 Nov lepas apabila mendapati sebahagian besar lembu ternakannya mati berhampiran kawasan kolam dan parit di lokasi ragutan biasa.
"Saya melepaskan lembu seperti biasa di sekitar kawasan ragutan sehari sebelum kejadian, tetapi seekor demi seekor lembu mati di dalam air. Bau di kawasan itu memang pelik, kuat seperti bahan kimia," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Nithiananthan berkata dia telah membuat laporan polis pada 6 Nov dan perkara itu turut dimaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, seorang penduduk Nor Affandi Ahmad, 51, mendakwa aktiviti pembuangan sisa dipercayai bahan kimia di kawasan berkenaan dikesan berlaku sejak sebulan lepas.
"Mereka datang waktu malam, menabur bahan (dipercayai bahan kimia) dan menimbusnya dengan sampah lain. Bau memang sangat kuat dan lain daripada biasa. Sudah tiga kali saya menegur pemandu lori yang datang (untuk membuang sisa terbabit), tetapi dia hanya menjawab okeylah," katanya.
Nor Affandi berkata terdapat kira-kira lima lokasi pembuangan dalam lingkungan 200 meter dari kawasan perumahan dan ada penduduk yang mengalami kegatalan pada kulit serta rasa miang selepas melalui kawasan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pusat Khidmat dan Aduan Awam Barisan Nasional (BN) Perak Mohd Rawi Abdullah berkata pihaknya telah meninjau lokasi kejadian dan mendapati sisa dipercayai bahan kimia itu disyaki berpunca dari sebuah kilang di kawasan Siputeh.
Beliau berkata pihaknya akan merujuk perkara terbabit kepada JAS esok untuk tindakan lanjut kerana kejadian itu bukan sahaja menyebabkan kematian ternakan, tetapi juga dikhuatiri menjejaskan kesihatan penduduk setempat.
"Jika bahan itu berbahaya dan larut dalam air atau tanah, perkara ini boleh menimbulkan risiko kepada manusia. Hal ini membabitkan isu keselamatan awam.
"Jadi, kita berharap pihak berkaitan mengambil tindakan dengan kadar segera kerana pembuangan sisa kimia dilakukan di kawasan terbuka, lebih-lebih lagi berhampiran taman perumahan yang tidak sepatutnya berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang penternak di Taman Tronoh Baru mengalami kerugian kira-kira RM50,000 apabila 17 ekor lembu ternakannya mati akibat termakan rumput yang dicemari bahan kimia berbahaya.
- Penduduk setempat mendakwa aktiviti pembuangan sisa bahan kimia berlaku secara tidak sah di kawasan tersebut, menyebabkan bau kuat yang menyebabkan kebimbangan kesihatan penduduk.
- Ketua Pusat Khidmat dan Aduan Awam BN Perak menegaskan bahawa tindakan segera perlu diambil bagi menangani isu pembuangan sisa kimia yang boleh membahayakan keselamatan awam dan kesihatan penduduk setempat.