awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
15/02/2025
03:00 MYT
Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Api sedang marak membakar reban ayam dua tingkat yang menempatkan sebanyak 50,000 ekor namun yang mati kira-kira 48,000 ekor. - Foto JBPM
KUBANG PASU: Seorang penternak ayam alami kerugian selepas lebih 48,000 ekor ayam ternakannya hangus dalam dalam kebakaran di sebuah ladang ternakan ayam di Jalan Guar Napai, Kampung Paya Muyud di sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 11 malam.
Beliau berkata, sepsukan anggota dari BBP Jitra dan BBP Bukit Kayu Hitam serta dibantu BBP Alor Setar tiba di kejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi api sedang marak membakar reban ayam dua tingkat yang menempatkan sebanyak 50,000 ekor namun yang mati kira-kira 48,000 ekor.
"Operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Pinang, PBS Seberang Nyonya, PBS Pokok Sena, PBS Jalan Kundur dan PBS Kilang Tebu serta Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mohd Bustan berkata, kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.
Beliau berkata, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#ayam hangus
#ladang ternakan
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan