Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) disifatkan tidak selaras dengan Perlembagaan negara.
Menurut bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan, pelaksanaan IPCMC dilihat sebagai cubaan untuk mengambil kuasa yang diberikan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) selain dibimbangi berlaku ketidakadilan dalam menjatuhkan hukuman terhadap pihak terbabit.
“Ia (IPCMC) bagi saya bersifat bias (berat sebelah) ataupun tidak bersama dengan perlembagaan. Jadi oleh kerana bias dengan Perlembagaan, maka undang-undang ini adalah undang-undang yang kurang baik.
“Jadi, sepatutnya tidak boleh dibuat begitu kerana kita mempunyai (prinsip) ‘rule of law’ yang mesti menghormati keadilan asasi kepada semua pihak, bukan sahaja kepada penjenayah tetapi juga orang yang menjalankan penguatkuasaan,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Buletin Khas Menjelang Setahun Malaysia Baharu, pada Ahad.
Musa berkata, beliau pernah mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Integriti Polis (IPIC) dan ia diselaraskan dengan Suruhanjaya Pasukan Polis.
Ditanya mengenai keberkesanan IPCMC dalam menurunkan indeks jenayah jika dilaksanakan, Musa berkata tumpuan yang perlu diberikan dalam pasukan polis adalah isu mengenai kelengkapan serta aset yang masih tidak lengkap sehingga kini.
“Ini saya dapat tahu ada orang polis mengadu dengan saya mereka perlu beli sendiri kelengkapan-kelengkapan.
"Jadi macam mana, oleh kerana logistik tidak cukup mereka terpaksa mengeluarkan duit mereka sendiri. Jadi ini saya rasa suatu yang tidak adil,” katanya.
Terdahulu, bekas KPN, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyampaikan bantahan berhubung usul (IPCMC).
Jelas Mohamad Fuzi, tentangan terhadap penubuhan tersebut antaranya berkaitan usaha menarik SPP di bawah Artikel 140 Perlembagaan Persekutuan berhubung isu-isu berkaitan siasatan dan tindakan tatatertib.
Artikel 140 Perlembagaan Persekutuan menggariskan SPP yang dianggotai Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab terhadap pelantikan naik pangkat dan isu tatatertib.
Penubuhan IPCMC adalah selaras Janji 20 yang digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi menangani isu integriti dan menyiasat salah laku dalam kalangan anggota PDRM menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
Hasimi Muhamad
Sun May 05 2019

Musa berkata beliau pernah mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Integriti Polis (IPIC) dan ia diselaraskan dengan Suruhanjaya Pasukan Polis. -Foto Sinar Harian HARIAN

Ikan masin penambat selera bersahur
Makanan kering dan masin menjadi pilihan untuk juadah bersahur bagi sebilangan besar daripada kita.

Kabotaj | Bukan faktor tidak terlibat Projek Kabel Dasar Laut
Penarikan pengecualian kabotaj bukan sebab utama Facebook dan Google tidak libatkan Malaysia dalam projek kabel internet bawah laut. Kata Pengerusi MASA, Datuk Abdul Hak Md Amin banyak faktor dipertimbangkan syarikat gergasi teknologi itu sebelum membuat pelaburan di sesebuah negara. Antaranya, faktor geopolitik dan lokasi.

Kabel dasar laut: Malaysia banyak kepakaran yang tidak diberi peluang
Malaysia ada sumber tenaga yang mempunyai kepakaran membaiki dan memasang kabel dasar laut. Malah jelas Pengerusi MASA, keputusan untuk tidak menggunakan khidmat syarikat asing akan membuka lebih banyak peluang kepada kepakaran tempatan.

Warga Myanmar maut kemalangan MPV, treler di Lebuhraya PLUS
Kyauk Khae, 42 tahun, yang duduk di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jari kanak-kanak putus selepas digigit monyet di zoo
Seorang kanak-kanak berusia lima tahun berdepan detik cemas selepas jarinya terputus ketika mengunjungi sebuah zoo di Portugal.

Putera Harry tiba di UK untuk majlis pengebumian Putera Philip
Putera Harry tiba di United Kingdon pada Ahad bagi menziarahi serta menyertai majlis pengebumian datuknya Putera Philip.

Kemalangan | Dua maut, treler terbalik di Bentong
Pemandu dan kelindan maut selepas treler yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan setelah hilang kawalan sebelum terbalik di kilometer 43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong, Ahad malam. Dalam kejadian jam 9.10 malam, pemandu dan kelindan masing-masing berusia 44 dan 63 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

AWANI Ringkas: Alvin Goh, adik ke mahkamah | Prestasi Ringgit minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Nilai R-Naught meningkat kepada 1.06
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai R-Naught mengikut kes seharian di seluruh negara meningkat 1.06, setakat Ahad. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, nilai itu meningkat sebanyak 0.3 berbanding 1.03, hari sebelumnya.

SOP Ketika Ramadan | Cabaran kawalan jangkitan COVID-19 menjelang Ramadan
Apa batas yang boleh jaga, bagi memastikan dalam keterujaan kita menyambut Ramadan kita tidak melupakan waspada kendiri demi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19. Bersedia di talian Skype adalah Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman.

Kartel PDRM: Segerakan RUU IPCC, jangan tangguh - Suhakam
Badan itu menzahirkan kebimbangan susulan kenyataan Ketua Polis Negara baru-baru ini yang mendakwa wujudnya rasuah dan salah guna kuasa yang serius dalam kalangan pegawai polis.

RUU IPCMC ditarik balik, diganti dengan RUU baharu - Takiyuddin
RUU baharu itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Rabu depan (26 Ogos) dan menurutnya sebelum ini RUU IPCMC 2019 dijadualkan dibahaskan di Dewan Rakyat pada hari yang sama.

Nazri Aziz cadang RUU IPCMC ditarik daripada senarai perbahasan
Ahli Parlimen Padang Rengas itu menegaskan bahawa idea mewujudkan suruhanjaya memantau PDRM adalah agenda kerajaan Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen cadang dapatkan persetujuan PDRM sebelum laksana IPCMC
Kerajaan dicadang mendapatkan persetujuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

RUU IPCMC akan diperhalusi semula - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Peningkatan CPI Malaysia bukti keberkesanan usaha antirasuah - Liew
Inisiatif termasuk pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang menggariskan 22 strategi dengan 115 inisiatif antirasuah untuk menentang rasuah dalam semua sektor di seluruh negara.

Dalang bangkit isu perkauman, agama hanya bebankan polis - KPN
Selepas 62 tahun merdeka, kita sepatutnya bijak tapi sedih... nampak negara makin kurang matang pemikiran, mendukacitakan, isu ini bebankan PDRM, kata Abdul Hamid.

IPCMC ditangguh untuk penambahbaikan - Liew
Penangguhan pembentangan Rang Undang-undang IPCMC 2019 adalah untuk penambahbaikan menerusi pandangan daripada pihak berkepentingan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

RUU IPCMC dibentang esok dengan 37 pindaan
Rang Udang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 yang telah dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan dibentangkan esok dengan 37 pindaan baharu.

RUU IPCMC: Beri kami lagi masa dan ruang bincang isu dibangkitkan - KPN
Kerajaan diminta tidak terburu-buru membentangkan RUU itu supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen boleh melibat urus pemegang kepentingan dan mendengar pandangan yang dibangkitkan PDRM.