awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan jawatankuasa khas perkasa sistem perundangan syariah

Hans Yusoff
Hans Yusoff
04/08/2017
15:23 MYT
Penubuhan jawatankuasa khas perkasa sistem perundangan syariah
Penubuhan JKMMS membuktikan komitmen berterusan kerajaan terhadap semua maklum balas diterima dengan pembabitan semua pihak berkepentingan. - Gambar hiasan
Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas peringkat kebangsaan dinamakan sebagai Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) sebagai usaha memperkasakan sistem perundangan syariah selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
Penubuhan JKMMS membuktikan komitmen berterusan kerajaan terhadap semua maklum balas diterima dengan pembabitan semua pihak berkepentingan.
JKMMS membabitkan beberapa kluster yang akan membincangkan perkara berkaitan pengharmonian antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah, cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] serta pengurusan & penstrukturan mahkamah syariah.
Selain itu, terdapat juga kluster membincangkan perkara membabitkan latihan hakim dan pegawai syariah, pendidikan undang-undang syariah dan hal-ehwal berkaitan peguam syari’e.
Keanggotaan JKMMS terdiri daripada wakil majlis agama Islam negeri-negeri, ahli akademik, wakil Jabatan Peguam Negara, wakil-wakil aktivis masyarakat dan mantan pimpinan tertinggi dalam sektor awam serta tokoh-tokoh lain berwibawa dalam hal-hal perundangan Mahkamah sivil termasuk syariah.
Topic Berkaitan
#Islam
#JKMMS
#kerajaan
#mahkamah
#sivil
#syariah
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan