awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan kerajaan hari ini berasaskan rundingan terbuka, keabsahannya dibuktikan

Bernama
Bernama
21/09/2024
14:57 MYT
Penubuhan kerajaan hari ini berasaskan rundingan terbuka, keabsahannya dibuktikan
Adam Adli berkata sekiranya pihak pembangkang masih tidak yakin terhadap keabsahan itu, mereka boleh mengusulkan semula undi tidak percaya kepada kerajaan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Penubuhan kerajaan hari ini adalah jelas berasaskan rundingan terbuka yang diikuti rapat oleh semua pemerhati sejak hari pertama dan keabsahannya juga telah dibuktikan menerusi usul undi percaya di Dewan Rakyat.
Ketua Angkatan Muda Keadilan Adam Adli Abd Halim berkata sekiranya pihak pembangkang masih tidak yakin terhadap keabsahan itu, mereka boleh mengusulkan semula undi tidak percaya kepada kerajaan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.
"Di pihak kerajaan, sudah pun kita memberi respons kepada usul Dewan Pemuda sebelum ini. Jika ada hasrat untuk mendesak Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) melepaskan jawatan, sila bawa ke Dewan Rakyat, bukan hanya di Dewan Pemuda atau Sidang Muktamar (PAS).
"Tiada siapa yang berselindung di sebalik sebarang keterikatan yang menjerat sepertiyang cuba digambarkan YB Ahmad Fadhli Shaari (Ketua Penerangan PAS)," kata Adam Adli dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Ahmad Fadhli yang berkata semua ahli Parlimen kerajaan diikat dengan perjanjian terlebih dahulu semasa usul undi percaya dibawa ke Dewan Rakyat pada Dis 2022.
Anwar ketika berucap dalam Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat di sini malam tadi mencabar pembangkang untuk membawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat, Oktober ini.
Presiden PKR itu berkata pembangkang harus mengikut undang-undang dan bukan hanya bermain sentimen atau bersorak untuk menggesanya "turun" daripada jawatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#undi tidak percaya
#Parlimen
#Muktamar Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan