awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan sedang gubal Akta Keterjaminan Makanan Negara - Fadillah
Virus Nipah: Singapura perketat saringan kesihatan di pintu masuk
AADK sasar pemasangan CCTV berteknologi tinggi di lokap tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan Mahkamah Khas Siber tepat masanya - SKMM

Bernama
Bernama
03/09/2016
03:20 MYT
Penubuhan Mahkamah Khas Siber tepat masanya - SKMM
SKMM menyambut baik penubuhan mahkamah itu yang memulakan operasinya 1 Sept lepas di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Penubuhan Mahkamah Khas Siber tepat pada waktunya memandangkan trend jenayah siber pada masa ini memerlukan pengurusan kes yang cepat dan berkesan, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
SKMM menyambut baik penubuhan mahkamah itu yang memulakan operasinya 1 Sept lepas di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
"SKMM berharap agar kes-kes siber yang disiasat oleh SKMM di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, terutamanya kes-kes penyalahgunaan media sosial dapat dibicarakan di Mahkamah Khas Siber ini dengan segera," kata SKMM dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mahkamah Khas Siber itu dikendalikan Hakim Mahkamah Sesyen yang khusus dan berpengalaman bagi membolehkan tumpuan dan keutamaan diberikan kepada kes-kes berkaitan jenayah siber seperti penggodaman, penipuan dalam talian, botnet, kecurian maklumat, pengintipan, judi siber, pemalsuan dokumen, pornografi dan seumpamanya, kata SKMM.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Khas Siber
#MCMC
#SKMM
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan