awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan Ombudsman langkah tepat tangani penyelewengan - Lee Lam Thye

Sinar Harian
Sinar Harian
12/05/2023
04:35 MYT
Penubuhan Ombudsman langkah tepat tangani penyelewengan - Lee Lam Thye
Lam Thye berkata, pewujudan tersebut juga adalah langkah progresif sekiranya diluluskan kerana boleh mendengar dan menyiasat kes penyelewengan dengan lebih telus. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Penubuhan Ombudsman Malaysia merupakan satu langkah yang tepat bagi menangani rungutan pelbagai pihak terhadap penyelewengan, kelemahan semua jabatan dan agensi.
Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pewujudan tersebut juga adalah langkah progresif sekiranya diluluskan kerana boleh mendengar dan menyiasat kes penyelewengan dengan lebih telus.
Jelasnya, kerajaan dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman 2023 bagi mendapatkan pertimbangan, kelulusan jemaah menteri dan akan dibentangkan pada bulan Oktober ini.
“Saya sejak tahun 90-an telah menyeru kerajaan memperkenalkan RUU Ombudsman yang mana pada hemat saya boleh membantu meningkatkan integriti dan tadbir urus dalam menangani aduan orang ramai.
“Menubuhkan Ombudsman Malaysia adalah satu langkah yang progresif,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Menurut beliau, perkataan Ombudsman berasal daripada negara Sweden yang bermaksud rungutan atau wakil atau ejen rakyat.
Tambahnya, ia juga dirujuk dalam Kamus Oxford sebagai pembela rakyat dan seorang yang dilantik untuk melindungi rakyat daripada penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa pentadbiran oleh penguasa.
Selain itu, katanya, Ombudsman ialah rakan dan pelindung rakyat yang diamanahkan untuk menyiasat secara peribadi tentang dakwaan kesalahan yang dilakukan oleh pelbagai pihak berkuasa awam ke atas masyarakat.
Lam Thye berharap agar dengan pelaksanaan Ombudsman dapat menjadi sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan kecekapan pentadbiran di semua jabatan dan agensi kerajaan.
“Pada awal 70-an, Malaysia ingin mempertimbangkan sistem sedemikian dan sebenarnya telah mengkaji model Ombudsman New Zealand dengan tujuan ke arah pelaksanaannya.
“Bagaimanapun ia telah ditangguhkan dan sebagai gantinya Biro Pengaduan Awam telah ditubuhkan,” ujarnya.
Tambah beliau, hampir semua negara maju mempunyai Ombudsman dan ia adalah langkah yang tepat pada masanya untuk menangani rungutan orang ramai terhadap mana-mana pihak berkuasa awam selaras dengan penekanan kerajaan baharu untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam yang terbaik demi kepentingan orang ramai.
“Adalah diharapkan Ombudsman dapat diwujudkan menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan,” jelasnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lee Lam Thye
#Ombudsman Malaysia
#Biro Pengaduan Awam
#rungutan orang ramai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan