MALAYSIA
Penubuhan PIFC kini pada peringkat libat urus dengan BNM - Chow
Chow berkata PIFC bermatlamat menarik aliran modal baharu bagi mengukuhkan sektor semikonduktor di koridor utara, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Strategi Semikonduktor Negara. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Cadangan penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFC) kini berada pada peringkat libat urus bersama Kerajaan Persekutuan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata badan pemikir, Penang Institute telah diberikan peranan untuk memulakan proses permohonan penyataan minat (EOI) pada Mac lepas dan hasilnya telah dibentangkan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) baru-baru ini.
"Sebagai pelan jangka panjang bagi mengekalkan percambahan berterusan negeri ini, PIFC bakal direalisasikan yang merangkumi pembangunan tapak seluas hampir 100 ekar (40.46 hektar) dan melibatkan pelbagai kemudahan kewangan serta infrastruktur sokongan.
"Ia termasuk pengurusan dana, pusat konvensyen antarabangsa, perkhidmatan perbankan mewah, zon perdagangan bebas teknologi kewangan dan hab logistik," katanya ketika berucap pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang di Dewan Seri Pinang di sini.
Istiadat yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-84 Yang Dipertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib itu menyaksikan 280 individu masing-masing menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat hari ini.
Chow berkata PIFC bermatlamat menarik aliran modal baharu bagi mengukuhkan sektor semikonduktor di koridor utara, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Strategi Semikonduktor Negara (NSS).
Sementara itu, beliau berkata projek Sedusun Tech Valley melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) kini berada pada peringkat kerja-kerja pembersihan di tapak projek dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2027.
Chow berkata ia adalah usaha dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai 'Lembah Silikon Pertanian' yang memfokuskan kepada industri pertanian pintar ke arah meningkatkan hasil pertanian secara optimum berbanding kaedah tradisional.
Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga memberi keutamaan dalam menangani keperluan mendesak mobiliti rakyat, antaranya menerusi permohonan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) melibatkan menaik taraf Jalan Persekutuan dari Bayan Lepas ke Teluk Kumbar kepada jalan berkembar empat lorong.
"Ia dilihat dapat menyelesaikan isu missing link yang sekian lama menjejaskan kelancaran trafik di bahagian selatan pulau dan kerajaan negeri juga sedang menunggu pelaksanaan projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua yang dijadualkan bermula pada suku keempat tahun ini," katanya.
Beliau juga mengharapkan lebih banyak projek yang disenarai serta dibentangkan di bawah keperluan RMK13 bakal memperoleh perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dibuat pada akhir bulan ini.
Tahun ini, sebanyak 150 individu akan menerima penganugerahan Darjah Kebesaran manakala 1,380 orang menerima Bintang dan Pingat Kehormatan pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang yang diadakan selama empat hari bermula hari ini, 28, 29 dan 30 Julai ini.
-- BERNAMA

#Chow Kon Yeow
#penang institute
#PIFC
#Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang
#Bank Negara Malaysia