awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan antara cadangan HWP

Bernama
Bernama
19/05/2023
16:43 MYT
Penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan antara cadangan HWP
Kenyataan KKM memaklumkan HWP amat penting, dalam usaha mengukuhkan sistem kesihatan dan tadbir urus kesihatan negara dalam tempoh 15 tahun, selain memenuhi keperluan kesihatan rakyat. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan yang bebas dan berkecuali, bertujuan memantau dan memastikan pelaksanaan reformasi kesihatan efektif merupakan antara cadangan yang diutarakan menerusi Kertas Putih Kesihatan (HWP).
KKM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan HWP yang dijangka dibentangkan di Parlimen bulan hadapan, dibangunkan dengan mengambil kira maklum balas pelbagai pihak berkepentingan termasuk rakyat, bagi memastikan ia bersifat holistik dan inklusif.
HWP antara lain menggariskan empat tonggak dan 15 strategi reformasi kesihatan, iaitu transformasi penyampaian perkhidmatan kesihatan dan memperkukuh asas sistem kesihatan dan tadbir urus.
Antara strateginya, penstrukturan semula peranan Kementerian Kesihatan (KKM), meningkatkan pelaburan untuk kesihatan dan memantapkan tenaga kerja untuk kesihatan.
"Antara manfaat atau impak reformasi kesihatan kepada rakyat ialah pelan yang berpaksikan individu berdasarkan keperluan perubatan atau kesihatan kepada seseorang, selain rawatan dari doktor atau pasukan kesihatan yang sama setiap kali diperlukan," menurut kenyataan KKM yang setakat ini telah mengadakan tujuh sesi dialog awam HWP, di seluruh negara.
Kenyataan KKM memaklumkan HWP amat penting, dalam usaha mengukuhkan sistem kesihatan dan tadbir urus kesihatan negara dalam tempoh 15 tahun, selain memenuhi keperluan kesihatan rakyat.
Orang ramai boleh melayari laman rasmi HWP, https://moh.gov.my/index.php/pages/view/kertasputihkesihatan bagi mendapatkan maklumat lanjut, berkongsi pandangan dan memberi input kepada HWP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#pelaburan
#Parlimen
#sesi dialog awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan