awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak ambil SPM, lepasan sekolah agama swasta berisiko tercicir masuk universiti - Alimuddin
BRICS platform penting bagi kerjasama di tengah ketidakpastian geopolitik
MIDA sasar potensi pelaburan meluas selain pusat data pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penularan demam campak di KL masih belum disifatkan sebagai epidemik

Sathesh Raj
Sathesh Raj
27/07/2015
14:25 MYT
Penularan demam campak di KL masih belum disifatkan sebagai epidemik
Ketua penolong pengarah kawalan penyakit berjangkit Kementerian Kesihatan Malaysia Dr Rohani Jais ketika dihubungi memaklumkan kementerian akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkembangan penularan campak dan cacar air di KL.- Gambar fail.
Susulan dakwaan penularan demam campak dan cacar air di Kuala Lumpur,penularannya masih belum disifatkan sebagai wabak atau epidemik.
Ini kerana menurut pensyarah dan penyelidik fakulti perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Noran Naqiah Hairi, penularannya tidak kelihatan dalam kalangan komuniti atau ia belum didiagnos lebih daripada dianggarkan.
Beliau diminta mengulas mengenai keraguan penularan demam campak dan cacar air di Kuala Lumpur susulan tindakan segelintir pegawai perubatan serta jururawat membuat pemeriksaan lanjut mengenainya.
Dr Noran turut menarik perhatian bahawa apabila sesuatu kes penyakit itu dikesan lebih daripada dua, ia adalah epidemik dan bukan sebaliknya.
"Jadi macam penyakit berjangkit seperti penyakit campak, measles ataupun chickenpox kita selalunya tak nampak dalam komuniti tapi kemudian kalau ada kes-kes yang didiagnose chickenpox atau measles melebihi daripada yang kita anggarkan, ini yang kita panggil sebagai ‘outbreak’ ataupun epidemik," kata beliau apabila dihubungi Astro AWANI.
Sementara itu beliau memberikan nasihat berikut jika mengetahui atau mengesan sebarang kes penyakit campak dan cacar air, "Ini penyakit yang berjangkit yang kita kata kena melaporkan kepada pegawai kesihatan.
"Jadi sememangnya melaporkan kes penyakit berjangkit ini memang ada dalam akta seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Jadi apabila macam measles disahkan dua kes ataupun melebihi daripada dua, ini boleh dikatakan sebagai satu 'outbreak' ataupun satu epidemik."
Dr Noran juga apabila ditanya tahap kesedaran orang ramai tentang kepentingan mengambil vaksin,beliau menjelaskan, ia perlu dipertingkatkan memandangkan vaksin untuk penyakit seperti cacar air dan campak perlu diberi secepat mungkin.
Dalam perkembangan sama, ketua penolong pengarah kawalan penyakit berjangkit Kementerian Kesihatan Malaysia Dr Rohani Jais ketika dihubungi memaklumkan kementerian kesihatan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkembangan penularan campak dan cacar air di Kuala Lumpur.
Isu mengenainya menimbulkan kekhuatiran apabila terdapat laporan pada Ahad bahawa seorang doktor mendakwa melihat pemeriksaan keberkesanan bekalan vaksin oleh pegawai kesihatan di sebuah klinik di Kuala Lumpur.
Berikutan itu, sekumpulan jururawat membuat pemeriksaan rumah ke rumah ke atas kanak-kanak berhubung perkara sama.
Topic Berkaitan
#Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
#Cacar air
#campak
#Noran Naqiah Hairi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan