awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penulis blog Aspan Alias didenda RM4,500 buat komen jelik terhadap Agong

Bernama
Bernama
22/07/2022
06:40 MYT
Penulis blog Aspan Alias didenda RM4,500 buat komen jelik terhadap Agong
Aspan didakwa memulakan komen jelik melalui Facebook "Aspan Alias" dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 2.47 petang, 16 Mei 2021.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang penulis blog Aspan Alias didenda RM4,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat dan memulakan penghantaran komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook miliknya, Mei tahun lepas.
Hakim Nor Hasniah Ab Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas Aspan, 70, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan semula kes itu hari ini.
Mahkamah turut memerintahkan warga emas itu menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Aspan didakwa memulakan komen jelik melalui Facebook "Aspan Alias" dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 2.47 petang, 16 Mei 2021.
Hantaran itu kemudian dibaca di Jabatan Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Wangsa Maju, di sini pada 9 pagi, 18 Mei 2021.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana tindakannya tidak mencerminkan kesopanan dan kesusilaan sebagai seorang rakyat Malaysia yang menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara selain melampaui hak kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Peguam Nurul Huda Razali merayu hukuman berbentuk denda rendah dengan mengambil kira anak guamnya menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi serta tidak bekerja.
"Anak guam saya tidak mempunyai niat jahat untuk membuat hantaran yang jelik dan menyakitkan hati orang lain. Dia juga telah menyesal dengan kekhilafan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penulis blog
#Aspan Alias
#hantaran jelik
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan