awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penulis blog tentera Rusia maut dalam letupan di kafe

Astro Awani
Astro Awani
03/04/2023
00:00 MYT
Penulis blog tentera Rusia maut dalam letupan di kafe
Tatarsky dilaporkan terbunuh dalam insiden itu yang dikaitkan dengan bahan letupan. - Foto REUTERS
SEORANG penulis blog tentera terkenal Rusia terbunuh dalam satu letupan di sebuah kafe di Saint Petersburg pada Ahad.
Mangsa dikenali sebagai Vladlen Tatarsky atau nama sebenarnya Maxim Fonim merupakan salah seorang pempengaruh dan penulis blog tentera yang terkenal dan lantang dalam menyuarakan krtikan terhadap konlfik Rusia dan Ukraine.
Tatarsky dilaporkan terbunuh dalam insiden itu yang dikaitkan dengan bahan letupan.
Sebuah laman web St Petersburg berkata, letupan itu berlaku di sebuah kafe yang pernah menjadi milik Yevgeny Prigozhin, pengasas tentera peribadi Wagner yang berjuang untuk Rusia di Ukraine.
Agensi berita RIA juga mengesahkan 25 individu cedera dalam insiden letupan itu di Street Food Bar No 1.
Pada September lalu, Tatarsky menjadi antara ratusan individu yang hadir ke majlis mewah di Kremlin yang meraikan pengisytiharan taklukan Rusia ke atas empat wilayah di Ukraine.
Majlis tersebut turut mendapat kecaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggap sebagai langkah haram.
Jika Tatarsky sengaja dijadikan sasaran dalam insiden tersebut, maka dia menjadi individu Rusia kedua terbunuh sebagai sasaran dalam konflik Rusia-Ukraine.
Sebelum ini, Perkhidmatan Persekutuan Rusia menuduh perisikan rahsia Ukraine membunuh anak perempuan Nasionalis Rusia, Darya Dugina dalam sebuah serangan bom kenderaan di Moscow.
Presiden Vladimir Putin menganggap insiden pembunuhan Dugina sebagai kelakuan jahat.
Bagaimanapun, Ukraine menafikan penglibatan dalam serangan bom pada Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#Vladlen Tatarsky
#letupan
#kafe
#penulis blog
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan