awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nubhan tak hadir, proses sulh untuk tuntutan harta sepencarian gagal
WhatsApp tambah ciri tag nama dalam kumpulan dan peringatan acara
Bomba pantau lebih 8,000 kawasan banjir sepanjang MTL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang AirAsia X berlepas ke Jeddah dengan pesawat lain

Bernama
Bernama
08/02/2015
14:34 MYT
Penumpang AirAsia X berlepas ke Jeddah dengan pesawat lain
Pesawat AirAsia X yang dijadualkan semula dari Kuala Lumpur ke Jeddah selamat berlepas pada 7.23 petang. - Foto Bernama
Penerbangan AirAsia X ke Jeddah, yang mengalami masalah teknikal dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 5.40 petang tadi, berlepas pada 7.23 malam tadi menggunakan pesawat lain.
AirAsia X Berhad dalam kenyataan media malam ini menyatakan kesemua penumpang dipindahkan ke pesawat lain itu, yang dijadualkan berlepas pada 7 malam.
Syarikat itu mengesahkan pesawat yang berpatah balik itu mengalami masalah teknikal sebaik sahaja berlepas dari klia2.
"Sebagai langkah keselamatan dan mematuhi sepenuhnya semua standard keselamatan antarabangsa, pesawat itu berpatah balik dan selamat mendarat di klia2 pada 5.40 petang," kata kenyataan itu di sini.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes yang dipetik AFP berkata:"Satu 'auto-thrust' tidak berfungsi dengan baik. Sebenarnya okay untuk terbang tetapi kami kembali ke pangkalan".
Dalam mesejnya kepada AFP, Tony berkata insiden itu adalah 'isu kecil'.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam tweet beliau juga mengesahnya penerbangan AirAsia X (D7172/XAX172) selamat mendarat di klia2 selepas berlegar-legar selama beberapa jam di ruang udara Selat Melaka.
Topic Berkaitan
#Airasia X
#Jeddah
#pesawat
#Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan