Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Penumpang feri Pulau Pinang meningkat 7.28 peratus pada separuh pertama 2026

61693999863_TBFERIPENANG.jpg
Yeoh berkata bagi bulan Jun sahaja, jumlah trafik feri mencatatkan keseluruhan 262,424 pengguna melibatkan 199,861 pejalan kaki, 622 penunggang basikal dan 61,941 motosikal. - Gambar fail
Advertisement

GEORGE TOWN: Perkhidmatan feri di Pulau Pinang terus mencatatkan perkembangan positif sepanjang separuh pertama tahun ini dengan peningkatan penumpang sebanyak 7.28 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Yeoh Soon Hin berkata bagi bulan Jun sahaja, jumlah trafik feri mencatatkan keseluruhan 262,424 pengguna melibatkan 199,861 pejalan kaki, 622 penunggang basikal dan 61,941 motosikal.

"Statistik ini jelas menunjukkan permintaan berterusan terhadap perkhidmatan feri sebagai pengangkutan awam utama di negeri ini dan SPPP turut menyediakan perkhidmatan feri percuma pada hari perayaan baru-baru ini.

"Inisiatif itu bukan sahaja memudahkan pergerakan penduduk dan pelawat, malah memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman menggunakan feri Pulau Pinang sekali gus meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan perkhidmatan awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata perkhidmatan feri terus berperanan sebagai penghubung penting komuniti berbilang kaum, melibatkan penumpang dari pelbagai negeri dan negara dengan kepelbagaian pengguna memperkukuh peranan feri dalam menyokong ekonomi tempatan, mempromosikan budaya setempat serta menggalakkan pertukaran pengalaman sosial dan pelancongan domestik.

Sehubungan dengan itu, Yeoh berkata beliau berharap agar momentum peningkatan itu terus diperkukuhkan melalui usaha penambahbaikan berterusan di samping promosi yang lebih meluas bagi menarik minat lebih ramai pengguna.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement