awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang jatuh atas landasan kereta api di Woodlands telah dibawa ke hospital - KTMB

Bernama
Bernama
07/07/2023
20:20 MYT
Penumpang jatuh atas landasan kereta api di Woodlands telah dibawa ke hospital - KTMB
Seorang penumpang yang terjatuh ke atas landasan di pusat pemeriksaan kereta api Woodlands di Singapura pada Rabu, 5.35 pagi telah dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan.
KUALA LUMPUR: Seorang penumpang yang terjatuh ke atas landasan di pusat pemeriksaan kereta api Woodlands di Singapura pada Rabu, 5.35 pagi telah dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan memaklumkan, penumpang itu telah di selamatkan oleh kru KTMB dan pegawai daripada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA).
"Siasatan kami mendapati kejadian itu terjadi ketika penumpang tersebut cuba untuk turun daripada kereta api Shutle Tebrau sebelum ia berhenti sepenuhnya.
"Sebagai langkah keselamatan, kesemua penumpang perlu terus duduk sehingga kereta api berhenti sepenuhnya. KTMB kesal dengan kejadian tersebut. Keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan. Kami akan terus berusaha untuk mempertingkatkan perkhidmatan kami dan memastikan perjalanan yang selamat dan selesa untuk kesemua penumpang," menurut kenyataan itu.
KTMB juga menasihatkan penumpang untuk sentiasa mematuhi notis keselamatan yang diletakkan pada setiap pintu gelangsar kereta api dan juga stesen.
KTMB memaklumkan bahawa kereta api Shuttle Tebrau mematuhi standard keselamatan.
Setiap koc dilengkapi dengan pintu yang boleh dibuka secara manual atau dikunci daripada dalam sebagai satu daripada ciri keselamatan untuk penumpang keluar daripada koc pada waktu kecemasan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#penumpang jatuh
#landasan kereta api
#KTMB
#Woodlands Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan