Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH179 dalam perjalanan ke Colombo, Sri Lanka terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berikutan gangguan yang ditimbulkan seorang penumpang yang mabuk.

MAS dalam kenyataan hari ini mengesahkan, komander penerbangan membuat keputusan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang lain dalam pesawat berkenaan selepas penumpang yang mabuk itu mula menganggu kru penerbangan, sebagai sahaja pesawat berada di udara.

Oleh kerana saiz badan (penumpang berkenaan) yang besar, penumpang-penumpang lain terpaksa membantu anak-anak kapal daripada gangguan penumpang terbabit," menurut kenyataan MAS itu.
Penumpang yang mabuk itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa sebaik tiba di KLIA, menurut kenyataan itu.

Pesawat MAS penerbangan MH179 itu kemudian berlepas ke Colombo pada 10.06 pagi, hari ini.

Laman web jejak pesawat 'Flightradar24' dalam Twitternya pada 1.30 pagi tadi memaklumkan bahawa pesawat MH179 berpatah balik selepas dua jam membakar bahan api di perairan Selat Melaka untuk mengurangkan berat pesawat, sebelum mendarat.