awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang terkandas di KL Sentral, KTMB naik taraf sistem

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2025
09:32 MYT
Penumpang terkandas di KL Sentral, KTMB naik taraf sistem
Keadaan sesak di KL Sentral susulan gangguan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). - Foto tular
KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) dilihat padat dengan penumpang susulan gangguan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk komuter Lembah Klang dan ETS.
Penumpang diperhatikan berpusu-pusu ke pelbagai destinasi sempena musim cuti sekolah serta menjelang Hari Raya Aidiladha.
Melalui satu hantaran di media sosial, penumpang didakwa menunggu lebih dua jam untuk menaiki tren termasuk ramai yang terpaksa beratur panjang.
KTMB dalam satu kenyataan pada ahad mengesahkan berlaku gangguan perjalanan.
Jelas KTMB, ia disebabkan kerja menaik taraf sistem semboyan antara stesen Kepong hingga stesen Salak Selatan.
Perkhidmatan KTM komuter Lembah Klang dan ETS akan mengalami kelewatan melebihi 60 minit dari jadual asal.
KTMB menyarankan penumpang mempertimbang pengangkutan alternatif buat sementara waktu bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Permohonan maaf turut dikemukakan KTMB atas segala kesulitan dihadapi pengguna.
KTMB akan memaklumkan perkembangan terkini operasi perkhidmatan tren dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#KTMB
#komuter
#ETS
#Gangguan Perkhidmatan
#KL Sentral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan