GSF: Kesemua 23 delegasi Malaysia disahkan telah ditahan oleh Israel – Ikuti Laporan Langsung
MALAYSIA

Penunggang basikal maut terjatuh ke landasan kereta api

Bernama 02/10/2025 | 15:30 MYT
Penunggang basikal berusia 49 tahun maut selepas terjatuh dari jejantas motosikal setinggi 6.10 meter ke atas landasan kereta api di Kampung Pinang Seberang, Kamunting dekat Taiping hari ini. - Foto Sinar Harian
IPOH: Penunggang basikal berusia 49 tahun maut selepas terjatuh dari jejantas motosikal setinggi 6.10 meter ke atas landasan kereta api di Kampung Pinang Seberang, Kamunting dekat Taiping hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 2.10 petang.

"Mangsa mengalami kecederaan parah akibat hentakan pada bongkah batu dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi melibatkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting, 12 anggota polis dan tiga petugas KKM tamat pada 3.30 petang.

-- BERNAMA




#penunggang basikal #terjatuh dari jejantas #landasan kereta api #Kampung Pinang Seberang Kamunting