MALAYSIA
Penunggang basikal meninggal dunia akibat sesak nafas di EKVE - Polis
Menurut Naazron, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengalami sesak nafas ketika melalui Kilometer 13 lebuh raya EKVE sebelum terjatuh dan tidak sedarkan diri. - Gambar fail/Bernama
KAJANG: Seorang penunggang basikal meninggal dunia selepas dipercayai sesak nafas ketika menyertai acara berbasikal sejauh 50 kilometer di Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) di sini, Ahad lalu.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kematian lelaki berusia 27 tahun itu kira-kira pukul 2 petang di Hospital Ampang.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai sesak nafas ketika melalui Kilometer 13 lebuh raya itu sebelum terjatuh dan tidak sedarkan diri.
"Rawatan awal diberikan di lokasi kejadian sebelum mangsa dibawa ke Hospital Ampang, namun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital," katanya dalam kenyataan, di sini pada Isnin.
Naazron memberitahu, bedah siasat dijalankan kira-kira pukul 9.45 pagi Isnin di Hospital Ampang dan punca kematian masih menunggu keputusan analisis makmal.
"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR)," katanya.
Sehubungan itu, Naazron berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Sarjan Mejar Mohd Nasyran Ab Wahab, di talian 03-90212222.
"Pihak polis menasihati orang awam yang ingin menyertai sebarang aktiviti sukan supaya memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik sebelum mengambil bahagian.
Ringkasan AI
- Lelaki berusia 27 tahun itu rebah di Kilometer 13 EKVE semasa menyertai kayuhan 50km dan disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang.
- Polis mengklasifikasikan kes sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) dan punca kematian masih menunggu keputusan makmal.
- Polis menasihatkan agar peserta aktiviti sukan memastikan tahap kesihatan yang baik sebelum mengambil bahagian dalam acara fizikal.