NATIONAL

Penunggang maut motosikal langgar lembu

Bernama 15/05/2025 | 08:35 MYT
Kejadian berlaku sekitar pukul 1 pagi tadi ketika lelaki itu dalam perjalanan dari Bandar Penawar ke Felda Lok Heng. - Gambar hiasan
KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu yang melintas jalan di Kilometer 5 Jalan Lok Heng-Mawai di sini, awal pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berumur 49 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu yang melintas jalan di Kilometer 5 Jalan Lok Heng-Mawai, awal pagi tadi.
  • Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Yusof Othman, memaklumkan kejadian berlaku sekitar pukul 1 pagi ketika lelaki itu dalam perjalanan dari Bandar Penawar ke Felda Lok Heng.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian yang menimpa lelaki berumur 49 tahun itu pada kira-kira pukul 1 pagi.
Beliau berkata kejadian berlaku semasa lelaki yang menunggang motosikal Honda RS150 itu dalam perjalanan dari arah Bandar Penawar menuju ke Felda Lok Heng, apabila dia tidak sempat mengelak lembu yang sedang melintas jalan.
"Akibat kemalangan, lelaki itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusof berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
#kemalangan maut #langgar lembu #haiwan ternakan #Kota Tinggi