awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump mahu Greenland: Eropah beri amaran keras
Nicole Kidman, Keith Urban sah bercerai selepas 19 tahun bersama
Venezuela berkabung 7 hari, tuntut Maduro dikembalikan - Pemangku Presiden
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal cedera dilanggar ambulans

Sinar Harian
Sinar Harian
21/06/2021
01:55 MYT
Penunggang motosikal cedera dilanggar ambulans
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminita menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Foto Sinar Harian
HULU SELANGOR: Seorang penunggang motosikal cedera dilanggar sebuah ambulans di persimpangan jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Serendah pada Ahad malam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata kejadian berlaku apabila ambulans yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 45 tahun bersama dua pembantu perubatan kesihatan Hospital Kuala Kubu Bharu dalam perjalanan dari Hospital Selayang ke tempat kerja mereka.
"Apabila sampai di lokasi kejadian, ambulans itu meneruskan perjalanan kerana laluannya lampu isyarat hijau.
"Bagaimanapun kenderaan itu tidak sempat mengelak dan melanggar penunggang motosikal berusia 37 tahun yang tiba-tiba keluar dari Kampung Baru Serendah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kaki kanan.
"Mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminita menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Penunggang motosikal cedera dilanggar ambulans
Topic Berkaitan
#kemalangan
#motosikal
#Hulu Selangor
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Ambulans
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan