MALAYSIA
Penunggang motosikal cedera langgar gajah di JRTB, berhampiran Tasik Banding
Keadaan motosikal selepas terlanggar seekor gajah di Kilometer 31, Jalan Raya Timur Barat, Gerik - Jeli, berhampiran Tasik Banding, pada Rabu malam. - Foto PDRM
IPOH: Seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun cedera selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar seekor gajah di Kilometer 31, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik - Jeli, berhampiran Tasik Banding, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu kira-kira jam 9.30 malam.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati, sekitar jam 9 malam, sebuah motosikal jenis Honda RS 150R yang ditunggang seorang lelaki dalam perjalanan pulang ke rumah melalui tempat kejadian, ternampak seekor gajah berada di atas jalan laluannya.
“Penunggang motosikal tersebut cuba mengelak tetapi berlaku perlanggaran di antara motosikal dan gajah tersebut sehingga menyebabkannya terjatuh sebelum bangun melarikan diri,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, gajah tersebut pula bertindak merosakkan motosikal berkenaan.
Akibat kejadian itu, lelaki berkenaan mengalami kecederaan dan telah menerima rawatan di Hospital Gerik manakala motosikalnya mengalami kerosakan.
Abdul Samad menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati semasa memandu dan melalui JRTB kerana dikhuatiri terdapat hidupan liar yang melintas atau berada di atas jalan raya.
Terdahulu terdapat hantaran di media sosial, seorang lelaki terbaring di atas lori selepas dikatakan terlanggar gajah di JRTB.