awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal langgar lampu isyarat merah maut dilanggar

Sinar Harian
Sinar Harian
21/02/2022
23:10 MYT
Penunggang motosikal langgar lampu isyarat merah maut dilanggar
Penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan di persimpangan Jalan Dato Undang Johol pada Isnin. - Foto ihsan PDRM
KUALA PILAH: Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum dirempuh sebuah kereta di persimpangan Jalan Dato Undang Johol di sini awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, kejadian pada jam 5.50 pagi menyebabkan mangsa, lelaki berusia 44 tahun mengalami kecederaan parah pada badan serta kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian.
"Berdasarkan siasatan awal, sebuah kereta jenis Hyundai Atos yang dipandu seorang wanita berusia 36 tahun dari arah Melang dan dalam perjalanan menghala ke Pasar Pekan Kuala Pilah, manakala mangsa dari arah Juasseh menuju ke Tampin.
"Sebaik tiba di lokasi, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dipercayai tidak berhenti ketika lampu isyarat merah dan pemandu kereta tidak sempat mengelak sebelum terlanggar mangsa," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Jelasnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini untuk dibedah siasat.
"Pemandu kereta yang bekerja sebagai pengasuh tidak mengalami kecederaan," katanya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#lampu isyarat
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan