awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal lawan arus maut terbabas di Ipoh

Aida Aziz
Aida Aziz
07/07/2024
23:50 MYT
Penunggang motosikal lawan arus maut terbabas di Ipoh
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam nahas di Jalan Kuala Kangsar. - Foto PDRM
IPOH: Seorang lelaki berusia 37 tahun maut setelah motosikal yang ditunggang secara melawan arus hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Kuala Kangsar, di sini pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, kejadian berlaku kira-kira jam 1.28 pagi.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa menunggang dari arah Klebang menghala ke bandar raya Ipoh melalui Jalan Kuala Kangsar secara melawan arus.
"Apabila sampai di tempat kejadian dia dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan raya. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
"Mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat," katanya malam tadi.
Justeru, beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan).
"Orang ramai dinasihatkan supaya memandu secara berhemah dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi menjamin keselamatan diri serta semua pengguna jalan raya," katanya lagi.
Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Edwin Tang Chiew Song di talian 016-5506863 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Nahas
#lawan arus
#terbabas
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan