awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal luar negara 'hentam' Malaysia gagal baiki jalan

Sinar Harian
Sinar Harian
06/06/2022
22:30 MYT
Penunggang motosikal luar negara 'hentam' Malaysia gagal baiki jalan
Tangkap layar perkongsian @EppyFizul di laman Twitter mengenai video penunggang motosikal berkuasa tinggi dari luar negara 'menghentam' pihak bertanggungjawab yang gagal membaik pulih jalan berlubang di Malaysia. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Tular sebuah video di media sosial mengenai seorang penunggang motosikal luar negara 'menghentam' pihak bertanggungjawab yang gagal membaik pulih jalan berlubang di negara ini.
Video berdurasi 49 saat itu dikongsi pemilik akaun Twitter @EppyFizul pada Isnin yang memetik perkongsian @landobrotherhood daripada aplikasi TikTok.
"Macam tu je pihak yang bertanggungjawab kena 'taruk' dengan rider luar negara pasal tak reti jaga jalan raya di Malaysia," ciapnya hingga menarik perhatian netizen.
Menerusi video berkenaan, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi bersama rakannya dipercayai melalui sebuah lebuh raya di Peru dan mendakwa jalan raya di negara itu dalam keadaan baik.
"Kami menunggang motosikal bersama penunggang dari Ireland, Amerika, Ecuador dan Venezuela dan mereka ingin tahu apa yang berlaku.
"Kami melalui jalan yang begitu baik di Peru dan membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana Peru, sebuah negara yang miskin, mampu mempunyai jalan yang baik (sedangkan) tidak ramai orang datang ke sini.
"(Manakala) Pihak berkuasa Malaysia tidak boleh menjaga rakyat sendiri dengan membaiki jalan berlubang. Ini perkara serius, baiki lubang (jalan raya), selamatkan rakyat anda," kata penunggang luar negara itu.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#jalan berlubang
#lebuh raya
#Peru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan