NATIONAL
Penunggang motosikal maut angkara jalan berlubang
Tangkap layar video kejadian yang dikongsi melalui laman sosial Facebook.
KUANTAN: Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang terbabas akibat terlanggar lubang di Jalan Kuantan-Cherok Paloh berhampiran Kampung Hijrah di sini pada Jumaat.
Dalam kemalangan kira-kira jam 5.17 petang itu, mangsa, Muhammad Hazeem Hazimi Mohd Shamsuddin, 19 yang bekerja sebagai nelayan cedera parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dipercayai dari arah Kampung Hijrah menghala ke arah Kampung Chempaka.
Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai terlanggar lubang lalu hilang kawalan dan terbabas sebelum tercampak jatuh ke atas jalan raya.
"Akibat kemalangan tersebut, mangsa yang mengalami cedera parah dibawa ke HTAA untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia jam 7.50 malam hari yang sama," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat di bawah Selsyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, kemalangan melibatkan mangsa tular di laman sosial selepas video kejadian dikongsi melalui laman sosial Facebook. - Sinar Harian