Berita seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi menemui ajal selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Berjaya Hill, Bentong, Pahang mencuri perhatian ramai di media sosial.

Gambar kemalangan itu menjadi perkongsian di media sosial dan juga aplikasi permesejan sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua penunggang motosikal berkuasa tinggi untuk lebih berhati-hati dan sentiasa mengutamakan keselamatan.

Penunggang motosikal maut di Bentong

Ada juga menasihati supaya penunggang motosikal berkuasa tinggi untuk menguji kemampuan motosikal mereka di litar bukan di Lebuhraya Karak dan sebagainya.

Selain itu orang ramai turut mengucapkan takziah dan mengajak orang ramai sedekahkan doa kepada mangsa.
Lebuhraya Karak dan juga lokasi nahas kejadian sering digunakan penunggang motosikal berkuasa tinggi menguji kemampuan motosikal mereka pada hujung minggu.

Wartawan, Shahrim Tamrin menerusi akaun Twitternya menyatakan setiap minggu terdapat penunggang yang maut di laluan tersebut.
Kejadian terbaru melibatkan mangsa, Syaiful Buhairi Abdullah, 27 tahun yang menunggang KTM Duke 200 bertembung dengan sebuah motosikal lain.

Dalam nahas yang berlaku kira-kira 12:40 tengahari tadi, Syaiful dipercayai hilang kawalan motosikalnya dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan penunggang motosikal Kawasaki Z800.

Penunggang motosikal maut di Bentong

Menurut polis, Syaiful meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis turut memaklumkan keadaan jalan raya di kawasan kemalangan kering dan dalam keadaan baik.

Penunggang Kawasaki Z800 itu pula mengalami kecederaan serius dan sedang menerima rawatan di hospital.