MALAYSIA

Penunggang motosikal maut digilis treler

Sinar Harian 01/02/2026 | 03:30 MYT
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
KLANG: Seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah treler dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru/Jalan Salleh, di sini, pada Sabtu.


Ringkasan AI
  • Seorang penunggang motosikal maut digilis treler dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru/Jalan Salleh, Klang.
  • Mangsa lelaki warga tempatan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
  • Siasatan menunjukkan motosikal cuba memotong treler sebelum terjatuh ke bawah treler berkenaan; pemandu treler tidak cedera.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, mangsa lelaki warga tempatan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner, S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan tersebut sekitar jam 4.45 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler dan sebuah motosikal yang datang dari arah Meru menghala ke Klang.

“Siasatan awal mendapati motosikal berkenaan cuba memotong treler di laluan sebelah kiri sebelum hilang kawalan.

“Motosikal itu kemudian terjatuh ke bahagian bawah treler berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu treler yang merupakan lelaki tempatan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ahmad Fadzli di talian 017-5843 860 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya. -Sinar Harian




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal dan treler di persimpangan Jalan Meru/Jalan Salleh?
    A: Motosikal cuba memotong treler di laluan sebelah kiri sebelum hilang kawalan dan terjatuh ke bahagian bawah treler.
  • Q: Siapakah yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan apakah keadaan mereka?
    A: Penunggang motosikal, seorang lelaki warga tempatan, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Pemandu treler, seorang lelaki tempatan, tidak mengalami sebarang kecederaan.
  • Q: Apa tindakan yang diambil pihak berkuasa berkaitan dengan kemalangan tersebut?
    A: Siasatan kemalangan dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh pihak berkuasa polis. Orang awam juga diminta memberi maklumat berkaitan kejadian untuk membantu siasatan.



#Akta Pengangkutan Jalan 1987 #maut digilis treler #penunggang motosikal #Klang