awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut dirempuh treler dalam nahas babit 13 kenderaan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
12/05/2022
05:55 MYT
Penunggang motosikal maut dirempuh treler dalam nahas babit 13 kenderaan
treler berkenaan telah merempuh semua kenderaan tersebut dari arah belakang menyebabkan penunggang motosikal terperosok dan maut di tempat kejadian. - Foto ihsan pembaca
BATU KAWAN: Seorang penunggang motosikal maut dalam nahas jalan raya membabitkan 13 buah kenderaan di Jalan Batu Kawan, Simpang Ampat, Pulau Pinang petang Rabu.
Mangsa Tang Hai Kok, 46 tahun yang menunggang motosikal, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira - kira jam 6.20 petang selepas sebuah treler yang mengalami kegagalan brek melanggar 12 kenderaan lain dalam kedudukan sebaris.
Katanya, treler berkenaan telah merempuh semua kenderaan tersebut dari arah belakang menyebabkan penunggang motosikal terperosok dan maut di tempat kejadian.
Sseorang penunggang wanita berusia 64 tahun juga dilaporkan cedera pada kaki dan bahu kiri, manakala mangsa yang lain selamat namun kenderaan masing-masing mengalami kerosakan.
Susulan insiden berkenaan, pemandu treler lelaki berusia 28 tahun telah ditahan dan ujian saringan air kencing mendapati dia negatif daripada dadah.
“Polis sedang mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan, manakala tiada liputan televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kemalangan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Chong Chern, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#nahas Batu Kawan
#brek tidak berfungsi
#treler rempuh kenderaan
#Seberang Perai
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan