awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut kemalangan

Sinar Harian
Sinar Harian
14/05/2023
01:20 MYT
Penunggang motosikal maut kemalangan
Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, pada Sabtu. - Gambar SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Klang Lama dari arah Puchong menghala ke Mid Valley, di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut pada jam 2.45 petang.
"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku pada jam 1.05 tengah hari, kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 20 tahun telah menukar lorong dari lorong ketiga untuk memasuki Jalan 1/137C, di sini.
"Seorang lelaki berusia 51 tahun menunggang sebuah motosikal di lorong kedua laluan yang sama tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang sebelah kiri kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Amihizam berkata, kemalangan itu mengakibatkan penunggang motosikal tersebut terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala serta maut di lokasi kejadian.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, diminta menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di talian 03-20719999 atau hotline trafik Kuala Lumpur di talian 0320260267/69," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan
#penunggang motosikal maut
#Jalan Klang Lama
#maut di lokasi kejadian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan