MALAYSIA
Penunggang motosikal maut kemalangan babitkan lori
Mangsa berusia 39 tahun yang cedera parah di bahagian kepala itu disahkan meninggal dunia kira-kira 7 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Jempol. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah lori di jalan perkampungan Felda Serting Hilir 6, Jempol, dekat sini tengah hari semalam.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 39 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang lori di Felda Serting Hilir 6, Jempol; mangsa meninggal dunia pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Jempol.
- Kejadian berlaku apabila motosikal jenis Wmoto yang ditunggang mangsa dari arah sama melanggar bahagian belakang kanan lori Ford Trader yang dipandu lelaki berusia 35 tahun.
- Pemandu lori tidak cedera dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata mangsa berusia 39 tahun yang cedera parah di bahagian kepala itu disahkan meninggal dunia kira-kira 7 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Jempol.
"Kejadian dipercayai berlaku ketika lori jenis Ford Trader yang dipandu lelaki berusia 35 tahun, dari arah Serting Hilir 4 menghala ke jalan utama Serting Hilir - Tembangau.
"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Wmoto dari arah sama dikatakan telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA