KUALA LANGAT: Seorang kerani sebuah kilang maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh tayar treler yang tercabut di Kilometer 46 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.05 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun dalam perjalanan ke tempat kerjanya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintenden Kamalariffin Aman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun dari Pelabuhan Klang menghala ke Shah Alam manakala mangsa dari Kanchong Darat menghala ke tempat kerjanya di Pelabuhan Klang.
"Setibanya di lokasi kejadian, tayar sebelah kiri bahagian belakang treler berkenaan pecah manakala tayar tengah sebelah kanan tercabut dan bergolek masuk ke laluan bertentangan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, mangsa yang ketika itu menunggang motosikal dari arah Saujana Putra menghala ke Pelabuhan Klang tidak sempat mengelak lalu melanggar tayar tersebut.
"Motosikal berkenaan hilang kawalan mengakibatkan mangsa tercampak dan jatuh di atas jalan.
"Mangsa yang cedera parah pada kedua belah kaki, tangan kanan dan bahagian dalaman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Kamalariffin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.
"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621 untuk membantu siasatan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 17 2022

Mangsa maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Kilometer 46 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) pada Khamis. -Foto Sinar Harian

MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish panjat podium perlumbaan pertama di Litar Jerez
Hakim Danish Ramli cemerlang untuk menamatkan perlumbaan pertama pusingan pertama MotoGP Rookies Cup di tempat kedua di Litar Jerez.

Hetty Koes Endang bakal meriahkan sambutan Aidilfitri KPKM tanpa bayaran - Mohamad Sabu
Penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang akan memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Isnin.

Menang PRK Ayer Kuning, Mohamad Yusri terus turun bertemu rakyat
Dr Mohamad Yusri Bakir memulakan tugas sebagai wakil rakyat baharu DUN Ayer Kuning dengan turun padang seawal pagi untuk bertemu penduduk.

Lawatan Presiden Maldives: Muizzu bakal terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UIAM
Lawatan tersebut merupakan lawatan julung kali Muizzu ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden Maldives pada 17 November 2023.

JPV laksana suntikan vaksin kawal wabak hawar berdarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu melaksanakan proses vaksinasi ke atas 224 ekor lembu dan kerbau bagi mengelak penularan wabak hawar berdarah di daerah Kuala Terengganu.
Usaha Kerajaan Perpaduan berhasil - Fahmi
Kemenangan calon BN dalam PRK DUN Ayer Kuning menunjukkan usaha Kerajaan Perpaduan menambat hati pengundi berjaya, menurut Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil.
Perkembangan kes tembak di Kuching
Bersama ditalian, wakil AWANI Borneo, Rudi Affendi Khalik, bagi mendapatkan perkembangan berhubung kes tembak di Kuching.
AWANI Ringkas: Tingkat kualiti internet di kawasan pelancongan Sabah - Fahmi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taman mini di Shizuoka diiktiraf taman terkecil di dunia
Sebuah "taman mini" di Shizuoka, Jepun diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai taman terkecil di dunia.
Capaian internet di Sepilok akan ditingkatkan segera
Capaian internet di kawasan pelancongan utama di Sepilok, Sandakan AKAN menikmati capaian internet yang lebih pantas dan stabiL sebagai sebahagian usaha meningkatkan kesalinghubungan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Penunggang motosikal maut langgar tayar treler tercabut
Dalam kejadian kira-kira jam 12.05 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun dalam perjalanan ke tempat kerjanya.