awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut leher terkena kabel telekomunikasi

Bernama
Bernama
08/01/2025
13:30 MYT
Penunggang motosikal maut leher terkena kabel telekomunikasi
Seorang penunggang motosikal maut selepas lehernya terkena kabel telekomunikasi yang jatuh selepas ditarik palang kren. - Foto Sinar Harian
BUKIT MERTAJAM: Seorang penunggang motosikal maut selepas lehernya terkena kabel telekomunikasi yang jatuh selepas ditarik palang kren di Jalan Kulim di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata kejadian kira-kira 5 petang itu menyebabkan lelaki berusia 40-an berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Siasatan awal mempercayai kemalangan berlaku apabila palang pada lori kren dipandu lelaki berusia 20-an dari arah Kulim, Kedah menghala Bukit Mertajam telah tersangkut pada kabel telekomunikasi mengakibatkan kabel itu jatuh di atas jalan raya," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata penunggang motosikal terbabit dari arah bertentangan bagaimanapun tidak sempat mengelak menyebabkan wayer kabel itu terkena pada lehernya sebelum terbabas dan terjatuh di atas jalan raya.
Helmi berkata mayat dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat manakala pemandu lori direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#leher terkena kabel
#Jalan Kulim
#Polis Daerah Seberang Perai Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan