awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut rempuh belakang lori di Lebuhraya NKVE

Fareez Azman
Fareez Azman
10/05/2022
14:40 MYT
Penunggang motosikal maut rempuh belakang lori di Lebuhraya NKVE
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 22.1 arah utara Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pada pagi Selasa. - Foto ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 22.1 arah utara Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pada pagi Selasa.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.41 pagi.
"Pada 10 Mei 2022, jam lebih kurang 6.41 pagi, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Petaling Jaya telah menerima satu laporan polis berkenaan kemalangan jalan raya di Lebuhraya NKVE KM 22.1 arah utara.
"Kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Scania dan motosikal jenis GPX GR200," jelasnya dalam kenyataan media pada Selasa.
Siasatan awal mendapati mangsa merupakan warga tempatan berusia 32 tahun dipercayai telah melanggar belakang lori berkenaan di susur Bukit Lanjan.
Akibat rempuhan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian," jelasnya lagi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke Balai Polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 0193318339 bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#Lebuhraya NKVE
#kemalangan
#Polis Daerah Petaling Jaya
#Bukit Lanjan
#rempuh lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan