awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut rempuh belakang SUV

Sinar Harian
Sinar Harian
25/07/2021
04:35 MYT
Penunggang motosikal maut rempuh belakang SUV
Keadaan lokasi kemalangan di KM10 Jalan Kuantan-Pekan yang meragut nyawa seorang penunggang pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
PEKAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh belakang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 10, Jalan Pekan-Pekan dekat Peramu Jaya 3 di sini pada malam Sabtu.
Dalam kemalangan kira-kira jam 11.45 malam itu, mangsa, Ahmad Naseem Emir Muhamed Husaini, 18, dari Rumah Murah Peramu Jaya 2 di sini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pemandu SUV jenis Nissan Xtrail bersama dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu SUV dalam perjalanan dari Tanah Putih, Pekan menghala ke Pulau Tambun, Pekan untuk menghantar rakan pulang ke rumah.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaannya dilanggar motosikal mangsa dari arah belakang.
"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel asal di Sinar Harian: Penunggang motosikal maut rempuh belakang SUV
Topic Berkaitan
#kemalangan
#motosikal
#rempuh SUV
#Jalan Pekan
#Peramu Jaya 3
#Ahmad Naseem Emir Muhamed Husaini
#Mohd Zaidi Mat Zin
#Nissan Xtrail
#penunggang motosikal maut
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#SUV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan