awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut susuli insiden langgar lari

Intan Shanim Sulaiman
Intan Shanim Sulaiman
03/10/2024
08:57 MYT
Penunggang motosikal maut susuli insiden langgar lari
Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE), di sini pada pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa yang berusia 22 tahun itu dipercayai meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam, di sini.
Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan dalam kejadian jam 6.30 pagi itu.
Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.
“Siasatan awal mendapati penunggang motosikal itu dari arah Subang dan menuju ke Setia Alam, Selangor sebelum dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan dan dipercayai itu terus beredar selepa kejadian berlaku," kata Mohd Iqbal.
“Sehingga kini, pemilik kenderaan masih belum membuat laporan polis,” jelasnya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Mohd Iqbal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Thesigan di talian 010-5632379 atau mana-mana balai polis terdekat dengan segera.
Topic Berkaitan
#Setia Alam
#langgar lari
#Mohd Iqbal Ibrahim
#penunggang motosikal maut dilanggar lari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan