MALAYSIA
Penunggang motosikal maut tercampak dalam nahas tiga kenderaan

Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak ke tepi sungai dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Perdana Taman Desa Meru, Meru Raya. -Foto Sinar Harian
IPOH: Seorang penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Perdana Taman Desa Meru, Meru Raya, di sini tengah hari tadi.
Ringkasan AI
- Seorang penunggang motosikal berusia 33 tahun maut selepas tercampak ke tepi sungai dalam kemalangan melibatkan dua kereta dan sebuah motosikal di Jalan Perdana Taman Desa Meru, Meru Raya.
- Tiga mangsa dalam kedua-dua kereta hanya cedera ringan dan menerima rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak ambulans.
- Operasi penyelamatan oleh JBPM Perak tamat sepenuhnya pada jam 2.44 petang.
"Penunggang motosikal berusia 33 tahun tercampak ke tepi sungai dan disahkan maut di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Tiga mangsa yang berada dalam kedua-dua kereta hanya mengalami kecederaan ringan dan diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak ambulans KKM," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shazlean berkata operasi penyelamatan diketuai Pegawai Bomba Kanan Syed Faisal Syed Mahmood bersama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dengan kekuatan sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS.
Beliau berkata operasi tamat sepenuhnya pada 2.44 petang.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami